You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Bos MCA 'hentam' Dr M

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menghentam bekas Perdana Menteri yang kini menjadi pemimpin pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan pelaburan China di negara ini."Sukar untuk diterima akal apabila Mahathir melawat Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan mendakwa tanah itu milik China. Beliau mendakwa kita telah jual tanah itu dan rakyat Malaysia tidak boleh masuk MCKIP dan kita ada ‘Qinzhou Road’."Apa yang beliau (Dr Mahathir) tidak sebutkan adalah rakan perniagaan MCKIP di China mempunyai 'Kuantan Road'. Ini merupakan projek penting yang melibatkan kedua-dua negara."Ini dakyah politik Mahathir. Kita mahu rakyat tahu helah politik beliau," kata beliau dalam sidang media selepas pelancaran inisiatif 'One Belt One Road 2.0' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.Mahathir menjadi pengkritik utama berkaitan pelaburan China di MalaysiaTurut hadir dalam pelancaran itu adalah Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian, Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong, Naib Presiden MCA Hou Kok Chong selain pemimpin-pemimpin persatuan dan pertubuhan Cina.
image beaconimage beaconimage beacon