You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Jaga bahasa, ‘jangan hangat hangat tahi ayam’, pesan Nga kepada Bung

Timbalan Speaker, Nga Kor Ming memuji sikap Ahli Parlimen Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kerana lebih beradab ketika berucap pada sesi kali ini berbanding sidang Parlimen sebelumnya. Katanya, sikap Bung yang tidak mengunakan perkataan kurang sopan ketika berucap perlu dikekalkan dan tidak hanya “hangat-hangat tahi ayam”. “Berbanding penggal dulu kali ini saya ucap tahniah kepada YB (Kinabantangan). “Cara beliau berucap ikut perintah tetap berhemah, jaga bahasa harus kekal hingga akhir penggal, jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya merujuk kepada ucapan Bung ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong.
image beaconimage beaconimage beacon