You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Kenapa Najib jalan terhincut-hincut?

Bekas perdana menteri Najib Razak dilihat berjalan terhincut-hincut ketika tiba di bangunan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Apabila ditanya media, Najib berkata kakinya sakit kerana membuat senaman di gym. Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari kelima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes Najib akan didengar hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan perbicaraan pagi ini dijangka bermula dengan keterangan oleh dua saksi, antaranya Nimma Safira Khalid. Beliau ialah pegawai bank Affin Bank Berhad yang menyerahkan dokumen bank berkenaan anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada penganalisis Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Mohammad Nizam Yahya ketika serbuan bank pusat di bank perdagangan itu dibuat di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, pada 6 Julai 2015. Bagaimanapun, semua mata bertumpu terhadap kemungkinan saksi keempat pendakwaan, Ahmad Farhan Sharifuddin yang pada ketika itu menjawat pegawai siasatan Bank Negara dengan jabatan yang sama (Jabatan Perisikan dan Penguatkuasaan Kewangan) akan dipanggil kembali ke kandang saksi hari ini.
image beaconimage beaconimage beacon