You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19

#BuletinBernama: Sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera bermula semalam, 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima menerusi medium tersebut setakat 9 malam tadi. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.
image beaconimage beaconimage beacon