You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Protes di Jakarta ragut 6 nyawa, 200 lagi cedera

Protes membantah keputusan pilihan raya umum Indonesia setakat pagi Rabu, meragut 6 nyawa dan 200 lagi cedera. Mangsa maut dan cedera sehingga tengah malam tadi, ditempatkan di lima buah hospital sekitar Jakarta. Beratus-ratus anggota polis dikerah mengawal keadaan dan mendekati kumpulan perusuh dari dua arah bertentangan sekitar jam 2 pagi waktu Indonesia. Gabenor Jakarta, Anies Baswedan membuat pengumuman perkembangan rusuhan pada pagi Rabu dan mengesahkan, 6 orang meninggal dunia ketika masing-masing menjalani rawatan di 5 hospital. Polis menahan 62 orang disyaki mencetuskan keganasan ketika protes di hadapan pejabat Bawaslu. Sumber: Berita RTM
image beaconimage beaconimage beacon