You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Rakyat M'sia diminta jauhi kawasan protes di Jakarta

Kementerian Luar meminta warganegara Malaysia di Indonesia menjauhi kawasan protes membantah keputusan pilihan raya umum republik berkenaan. Selain itu, mereka diminta mematuhi nasihat pihak berkuasa Indonesia bagi mengelak terlibat di dalam insiden buruk. Kementerian Luar Negeri juga mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan secara langsung akibat demonstrasi tersebut. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, diminta menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui emel. Sumber: Berita RTM
image beaconimage beaconimage beacon