You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

'Saya tak takut, sedia disiasat'

Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan pembabitannya dengan skim penipuan yang didakwa mengutip lebih RM185 juta daripada pekerja Nepal selama tempoh lima tahun.Ketua pembangkang itu menyangkal laporan berita Nepali Times, yang mendakwa seorang anggota keluarganya mendapat keuntungan dari kontrak untuk mengendalikan permohonan para pekerja dari Nepal yang ingin ke Malaysia.Bestinet Sdn Bhd didakwa telah ditubuhkan oleh adik iparnya, Amin Abdul Nor.“Saya tak ada ipar nama Amin, saya tak ada saham satu sen (pun) di syarikat (itu), syarikat itu memang ada (wujud) perniagaan sebelum saya masuk (menyertai) KDN (kementerian dalam negeri.“Itu sebab saya kata perlu disiasat. Cakap, saya sedia disiasat dan saya tidak takut.“Saya sedia disiasat, saya sedia untuk dikemukakan bukti kalau saya terlibat atau saya masalah guna kuasa atau mana-mana ahli keluarga saya yang terlibat, sila lakukan siasatan dan saya sedia berdepan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
image beaconimage beaconimage beacon