You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Selepas bebas, Sofi Jikan kata 'hanya Tuhan saja yang tahu'

Pelakon Sofi Jikan bebas dengan jaminan polis selepas ditahan reman tiga hari.Sebaik bebas, Sofi diserbu para wartawan bertanyakan tentang isu penahanannya ini dan hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil.Sofi pada mulanya menjawab bahawa beliau ingin balik dan berehat selepas dibebaskan.Untuk soalan berkenaan Datuk Farid, wartawan bertanya bagaimana hubungannya dengan pelakon itu selepas ini.Sofi hanya menjawab "hanya Tuhan yang tahu".Diasak beberapa kali berkenaan soalan itu dengan tambahan adakah beliau akan berjumpa Farid Kamil, Sofi tetap dengan jawapan "hanya Tuhan yang tahu".Sebelum memasuki lif, Sofi menjawab soalan tentang kegiatan lakonannya selepas ini.Jawab Sofi kegiatan lakonannya tidak berhenti dengan pengambaran filem yang beliau terlibat dan filem yang bakal memulakan sesi pengambaran.
image beaconimage beaconimage beacon