You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Tolong bersihkan lokap saya dulu, mungkin ada penghuni baru - Anwar

Penjara Sungai Buloh mungkin mendapat penghuni baru, seloroh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu sel yang pernah mengurungnya dahulu masih lagi kosong. Menurut Anwar pegawai penjara Sungai Buloh menyampaikan perihal bilik kurungan yang pernah dihuninya itu ketika mereka berkunjung ke rumahnya. "Saya mengajak hampir 250 pegawai-pegawai penjara Sungai Buloh untuk makan malam ke rumah saya. Ketika itu, saya tanya bilik penjara saya masih kosong tak, mereka kata masih kosong. "Saya minta mereka supaya membersihkan bilik itu kerana mungkin ada penghuni baru," kata Anwar secara berjenaka ketika berucap malam tadi pada majlis ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau. Gurauan Anwar dibalas sorakan "bossku" oleh hadirin majlis ceramah PH di Kampung Pasir, Linsum, Rantau. Malu Apa Bossku merupakan jenama kempen penyokong bekas perdana menteri, Najib Razak selepas BN kehilangan kuasa buat kali pertama setelah memerintah selama enam dekad pada pilihan raya umum Mei tahun lalu. Najib kini berhadapan 42 tuduhan jenayah di mahkamah, yang mana sepuluh pertuduhan membabitkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. Tuduhan itu termasuklah tiga dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta, jenayah pecah amanah, dan penyalahgunaan kuasa.
image beaconimage beaconimage beacon