You are using an older browser version. Please use a supported version for the best MSN experience.

Video tembak monyet 'baby sayang', dua beranak dicekup polis

Dua beranak ditangkap polis di rumah mereka di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak susulan kes menembak monyet. Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asmawati Ahmad berkata serbuan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis (IPD) Manjung pada jam 9 malam tadi. “Kedua tangkapan dan rampasan di bawa balik ke IPD Manjung untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Pistol yang disyaki digunakan juga dirampas. Dalam video tular 20 saat itu, seorang lelaki mendesak seekor monyet memanggilnya “baby sayang” dan kemudian menembaknya. “Kalau kau tak cakap baby sayang aku tembak kau. Satu, dua, tiga,” ujar suspek tersebut sebelum melepaskan satu das tembakan.
image beaconimage beaconimage beacon